*ehemmm*
Post yang agak lambat tapi, takpelah~ Janji ade dari takde kan. Akan ku mulakan hikayat menglipurlara hari perkahwinanku dengan ucapan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. =D Wokeh, ready, get set, GO!
Majlis perkahwinan Ayez & Ariz (atau secara formalnya, Shaza & Hariz) telah selamat dilangsungkan pada Mei 31, 2009 kat Pusat Kesenian Islam, Selangor. Majlis dimulakan dengan sesi pertunangan jam 10 pagi, pastu akad nikah dilangsungkan jam 11 pagi. Haha kirenye aku ni jadi tunangan orang selame sejam je la. Tak pun kurang dari sejam.

Tempat Kahwin : Taman Pusat Kesenian Islam, Selangor
Sewaktu perakad-nikahan dilangsungkan, ternyata Incik Mohammad Hariz Kamarudin a.k.a husbandku amat gagah perkasa kerana berjaya melafazkan akad sebanyak SATU KALI sahaja! Yeah~ Macho! Mimpi-mimpi ngerimu bahwa sebelum perkahwinan ternyata hanya mainan tidur yang tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengusik tahap kelelakianmu sahaja. muwahahaha~ Dan ouyeah, ayahku juga melafazkan lafaz untuk mengakadkan anaknya sebanyak sekali juge. =D yeah dad, the credits goes to you too! ;p (our in-joke, if u dun get it, it’s ok.)
Pastu lepas-lepas bergelar suami dan isteri yang sah, (alhamdulillah) dan selepas upacara bersalaman dan bercium dahi (tapi agak tersasar sedikit dan beliau mencium di bahagian belakang kepalaku), ktorang trus blah balik rumah Hariz (sebab rumah die paling dekat dgn dewan tu) then terus bersiap pakai baju pengantin sambil menunggu mak andam yang sesat jalan. Yeah! Abis settle membajupengantinkan diri, adik Hariz, Faiz, drive ktorang gi kat dewan tu balik dengan menaiki kereta MyVi Silver BKH 483 bertattookan FaZuu. WOOHOO~~ Erm, sepatutnye nak pinjam keter Mini Cooper S dari Paksu Achai tapi takde rezki sebab keter tu baru je eksiden sehari sebelum wedding tu. Haihz~Apakan daya. Myvi pun best juge~ Kereta sendiri, bukan kereta pinjaman. (ayat menyedapkan hati)
Sesampainya kembali ke dewan, ktorang amat terkejutttt!!! sebab takde orang nak layan ktorang lepas turun dari kereta. wuwuuwu~~~ semua orang bizi. Tapi dalam 5 minit pastu baru la kanak-kanak riang yang memegang bunga manggar dan bakul penuh dengan kelopak bunga datang kat ktorang. Yeah~ baru la rase macam Raja Sehari. Kompang digital dimainkan (sebab tak sempat nak panggil orang kompang sebenar, dah fully booked) dan ktorang pun berarak ke dalam dewan dan terus ke pelamin.
Doa dibacakan oleh my beloved Uncle Jimmy sebagai pemula majlis dan lepas tu sesi tepung-menepung, tawar-menawar. Kami ditepungkan oleh tokmi dan tokbah (sebelah mak) dan opahku (sebelah ayah), dan juga atuk dan nenek hariz (sebelah abah). Kakyong dgn Abg Mazlan pun join menepung jugak dengan paklong dan maklong hariz. Basah lenjan lenjun tangan ktorang. Seb baik pengkapitku Tikiniki ada untuk menyelamatkan keadaan. Tolong lap-lap tangan. hee.. thanx Tini!!
Pastu ape lagi!!! MAKAN!!!
Tapi betul la orang cakap, best lagi datang makan kat majlis pengantin orang dari makan kat meja pengantin diri sendiri. T_T Tak lalu nak makan sebab tak biase mekap tebal seploh inchi kat muke. Lipstick di bibir melekat di gelas. Mulut tak mampu dinganga luas. Dan ternyata lauk sudah sejuk akibat ditinggalkan sekian lama di atas meja. Tapi kalau panas sedap nih~ Udang panjat pokok dengan ayam guling-guling madu. =9 dan sayur, dan buah, dan sotong, dan daging…
Pas makan, jumpe la rakan-rakan yang datang. Member-member skolah yang kali terakhir jumpe time form 1 pun datang!! Classmate-classmate time skolah rendah pun ade. Bebudak arki yang menggila pun ade. Yeahhh dengan animator-animator Animasia yang hebat lagi macho datang beramai-ramai sekaligus dan terus meletupkan majlis. Ouyeah!! kengkawan Hariz pun ramai gak yang datang tapi aku tak berape kenal semua. BEST! Majlis kahwin dah jadi macam majlis reunion!! XD
After all the makan-makan, ktorang ikut photographer ktorang, incik Fadhlul Ain @ Lo and his trusty sidekick brother incik Adal. Agak janggal dan pelik-pelik sbb dorang ni mmg ade idea yg best2 utk photography session! XD Seronot pun ade. Tapi aku rase aku tak photogedik.. so.. ~_~ hmm..
Anyways, thankyou all who came to our wedding on our special day and thanx so much for the wedding wishes. =) Pictures spam time!! malas nak uplod sume. kat facebook pun tak upload2 lagi.

Cupcake sebagai hantaran dari pihak lelaki. Kudos to Puah!

Kartini Kasmuri~ My bridesmaid. She helped me a lot that day. Thanx dear!

Kengkawan arkitortures yg datang!! WHOOTTT!!!

Fellow Animasians colleagues~ Thanx for the wonderful NDS Lite as a wedding present!!! =D You guys RAWKS!

With part of the zombies!!! Wonder where’s Kel.. hmm =\

Masa tunang! ktorang btunang dlm sejam je kut, pastu terus lafaz aqad. =D








ahaha.. kawen dah kite ye? pergh
Hee~~~ rase macam tak kawin lagi ke? tanggungjawab dh byk ni beb! berguling jum!!
Akak nak ketawa berguling2 baca psl Ayez sampai kat depan dewan tapi takde sape sambut. XD
Tapi benda2 camni jadik kat org lain gak. Lack experiences handle wedding.
Pehal pun, TAHNIAH!!! ^o^
Kak Farah!! Long time no see. Huhuuu sorry approve comment lambat! Mak aih dah sebulan lebih akak comment baru hari ni saye bace! XD
thanx akak Farah! camner family akak? dah bertambah dah rakyat? =D ngee~~